Ads 468x60px

Pages

Sunday, January 13, 2013

Pendirian.

Assalamualaikum.

Boleh jadi orang kita paling sayaangg dalam dunia ni, jadi orang yang kita paling benci kan? Dalam dunia ni, tak ada yang mustahil. Macamtu jugak takkan mustahil untuk tengok rakyat Malaysia dah tak buang sampah merata-merata, flush tandas selepas guna, dan tidak parking motor di tempat letak kereta.

Tak ada manusia yang normal dalam dunia ni yang akan marah orang tanpa sebab melainkan dia kurang waras. Kau mahukan wanita yang cantik, bijak, sempurna sedangkan wanita yang ada dihadapan kau tak punya apa-apa. Bertahan dengan seseorang yang tak sama pendirian, fikiran, kehendak, dan segala-galanya bertentangan samalah macam berjalan dengan kasut yang sempit. Paksa jugak teruskan berjalan sedangkan semakin lama berjalan, kaki semakin sakit. melecet, luka dan kemudian berdarah.

Jadi buat apa kita terus berjalan dengan kasut yang salah? dah tiba masanya untuk kau cari kasut yang sepadan dengan citarasa kau.

Ramai lelaki zaman sekarang ni dilihat kurang berkualiti. Namun, perempuan dekat dunia ni dah semakin ramai dan rasanya mereka perlu hentikan sikap terlalu cerewet dan terlalu memilih. Ini antara ayat yang saya dengar dari seorang lelaki. TETAPI.. saya dan beberapa wanita yang lain tetap mendukung pendirian bahawa lelaki yang tidak matang dan lelaki yang perasan hebat adalah lelaki yang tersenarai hitam

Tahu kenapa? kerana mereka ini merimaskan dan sangat menyakitkan hati dan perasaan.

wasalam.