Ads 468x60px

Pages

Sunday, June 12, 2011

jangan terlalu mengejar yang SEMPURNA.


assalamualaikum



Jika engkau memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kailmu, hendaklah kau mengambil ikan itu. Jangan sesekali kau melepaskannya semula kedalam air, kerana ia akan sakit dek bisa ketajaman mata kailmu dan ia mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

begitulah juga setelah kau memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangimu, janganlah sesekali kau meninggalkan dia begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan tak mungkin akan dapat melupakan segalanya selagi dia masih mengingatimu..

********************





Jika engkau menadah air, biarlah berpada.. Jangan terlalu berharap pada takungannya..dan menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu sahaja kerana apabila ia mula retak, tidak sukar untuk kau menampalnya dan membaikinya kembali.. dan bukan terus dibuang begitu sahaja..

begitulah juga jika kau memiliki seseorang, terimalah dia seadanya..jangan kau terlalu mengkaguminya.. dan menganggap dia begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa kerana apabila dia melakukan kesilapan, tidaklah sukar tuk kau memaafkannya dan bukan menghukumnya dan meninggalkan dia begitu sahaja.

********************

jika kau memiliki sepinggan nasi yang pasti baik tuk kamu, berkhasiat dan mengenyangkan, mengapa engkau perlu berlengah lagi? cuba mencari makanan lain kerana terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak nasi itu akan basi sendiri dan kau tidak boleh menikmatinya lagi. kau akan menyesal.

begitulah juga jika kau telah bertemu dengan seseorang..yang boleh memberi kebahagiaan, menyayangi, mengasihi dan mencintai engkau sepenuh hati.. mengapa perlu berlengah lagi? cuba membandingkannya dengan yang lain. Kelak dia akan berjauh hati, dan kau akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kau juga yang akan menyesal.

********************

oleh itu, jangan terlalu mengejar yang sempurna. Itu bukan faktor utama kebahagiaan. Begitu hidup ini, tiada yang abadi. yang patah tumbuh, yang hilang pasti kan berganti. namun yang berganti takkan mungkin sama seperti yang telah hilang.





wassalam..