Ads 468x60px

Pages

Saturday, April 23, 2011

doa buat IBU dan BAPA

assalamualaikum..

tiga perkara yang tidak akan terputus pahalanya kepada si mati ialah Anak soleh yang mendoakannya, ilmu yang memberi manfaat iaitu yg diajarkan olehnya semasa hayatnya dan sedekah jariahnya si mati semasa hayatnya.


doa untuk ibu- bapa

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab musnahnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Marilah kita kenang dosa kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita
dirundung nestapa kerana kederhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya,
tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hati-hati meraka,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
Wallahua'alam..