Assalamualaikum.
Sangat lama x update blog. Sangat sangat sangat lama. Masa berjalan sangat pantas, sedar tak sedar saya cuma tinggal 1 paper sahaja lagi untuk semester terakhir ini dan sy akan menjalani praktikal di sebuah badan kerajaan selama 4 bulan. Lepastu sy akan bergelar graduan. Rasa seronok nye mengalahkan makan durian.
Chiken pox
Ditakdirkan, seminggu sebelum saya exam haritu, saya telah diserang chiken pox. Memang takda siapa yang mintak nak kena penyakit ni, lagi-lagi lah time final exam tapi nak buat camana. Dah nak kena. Redha je la.
Tapi Alhamdulillah, masa exam semua nya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan. Dia xkan uji kita kalau kita tak mampu kan?
Sedih
Saye rase sedih bukan kepalang. Tapi bukan sebab chiken pox, tapi saya rase sedih sebab satu persatu kawan rapat dah habis paper dan balik ke kampung halaman masing-masing. Ada yang siap bagi kad jemputan kawen sekali. Ramai betul kawan yang nak kawen tahun ni. TAHNIAH saya ucapkan.
Saya ni bila pulak lagi? huahuahua. SEKIAN.
wasalam.